Wednesday, November 9, 2011

Hati yang Cedera..

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..

Sunday, November 6, 2011

Masa itu...

Dah beberapa bulan berlalu... kejadian itu sgt memberi kesan dlm hidup sy... Memang sukar bila kita tak mampu utk defend diri kitakan, apakah yg sy lakukan ni btul?? Biarkan sj salah faham itu terus berlalau, dan sy pasrah dgn ape yg berlaku. Mungkin ade hikmahNya, yg sy sendiri tak tahu... YaAllah aku pasrah dgn segala ketentuanMu... Entah knp sy xde kekuatan utk memperbetulkan keadaan dan hnya biarkan slh fhm itu berterusan.. Huh! Sy percaya pasti ade sebbnya walau ade cketlah terkilan di hati...

Hmm..masa akn terus berlalu... dan terus meninggalkan kita... Ye, for right now, I am focus for my study.. Study...study...and study.... tinggal berapa bulan je lg sy kat kampus tu menjalani kehidupan sbg mahasiswi... Hmm tupun msh bnyk nk mengeluh kan.. Bnyk asgmentla, bnyk kejelah..Huh, no!!! belajarlah menerima seadanya Tqa!! huhuhu..

Beberapa ming lps, sy dikejutkn dgn berita yg sepupu sy nk kawin.. Wah!!! so fast masa berlalukan.. mcm xpercaya, ni sepupu pertama dlm family ibu nk kawen... dah besar upenye sepupu aku yg sowg nie...(huhu, berbisik dihati, xsedar diri diri tu pun dah besrkan...) Mcm xpercaya jer dia nk jdi isteri owg dah. OMG!

hmm.. tulah, kehidupn kita memg akn sentiasa terikat dgn masa.. secara sedar atau tdk, bnyk benda yg berubah, berlaku, tercipta dgn masa yg kita lalui selgi nyawa di kandung bdn.. tulah kehidupan...
Masa xkan menunggu kita, malah akn terus meninggalkan kita... yang ade hnyalah kenangan yg kita lalui... berharga kan sebnrnya masa nie... Masa bnyk mendewasakan sy.. kekdg sy penh menyesal krn tdk menghargai sesuatu perkara yg terjadi pd sesuatu masa yg pnh sy lalui.. Bak kata owg, menyesal tiada guna.. Yg bguna, kita kenelah blajar dri pengalamn lps...

So, ape temanya arini kengkawan2 semua????
Hargailah masa, kerana masa itu sgt berharga... huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...