Saturday, December 31, 2011

Last note 2011

Tak sedar, masa cepat meninggalkan kita..
Tak sedar, usia semakin tua...
Siang berganti malam..
Malam berganti siang..

Tinggal berapa minit saje lagi nak masuk 2012.. Mesti mulakan dengan semangat yang baru, hidup yang lebih baik.. InsyaAllah, semoga Allah perkenankan..

Hmmm.. untuk akhir 2011 ni, saya nak kongsi beberapa azam saya pd 2011 yang dah tercapai... Alhamdulillah..


Nak turunkan berat badan
Huhu. Alhamdulillah, berjaya kurangkan sikit berat badan saya. Walau tak banyak tapi bolehlah.. hehe. Kira tercapai jugaklah niat untuk 2011 ni. Apepun untuk 2012 ni kene teruskan lagi. InsyaAllah.


Pastikan tahun 2011 'si dia' mesti ada latop
Macam pelik jer bunyi nye kan.. Ermm, tapi tulah niat saya, walau saya tak yakin pada mulanya saya mampu tolong dia beli latop, tapi sekurang2nya saya mampu pujuk dia beli latop. Bukan apa saya nak dia merasa jadi student ada latop sendiri. sebab saya xsuke dia rasa rendah diri dengan saya. saya xnak dia rasa susah. Dan niat saya ni, tak pernah pun saya cakap dengan dia. Tapi awak, kalau awak bace tulisan saya nie, saya minta maaf ye.. Awak jangan salah faham. Saya cume nak tengok awak senang..


Nak ada bilik sendiri
Ni yang paling besh dan masyok..huhu.. Dah lame saya teringin nak ada bilik sendiri. Yela dah besar panjangkan. Sebelum ni kongsi dengan dik2. Bukan tak besh tapi tak privacy. Ngengade! Huhuhu. sekarang saya dah ade bilik sendiri sebab saya sekeluarga dah pindah rumah baru.. Hehehe. Tercapai jugak niat saya tu..

huhu xmenarik pun azam saya kan, tapi yang penting apa yang saya niatkan tu adalah keinginan saya sendiri. kadang2 ramai orang selalu salah faham dengan saya, dengan apa yang saya buat. sebab saya xasuke nak cakap dengan org apa yang saya nak buat kadang2. pada saya tak semua benda kita perlu bagitahu. Walaupun, banyak benda pahit dan duka berlaku sepanjang tahun nie.. tapi InsyaAllah, saya akan teruskan tahun baru nie dengan semangat yang baru. semoga semuanya menjadi lebih baik. Yang manis tersimpan rapi dalam kenangan. yang pahit perlu dibuang jauh2...syuuuuhhhh!!!!!!! Nyah kau!!! Dush!!!!! hehehe. BERSEDIA UNTUK TRANSFORM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! YEAH!!!!! Selamat Tahun Baru, ATiQaH! Selamat Tahun Baru, SEMUA!!! =)

Wednesday, November 9, 2011

Hati yang Cedera..

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..

Sunday, November 6, 2011

Masa itu...

Dah beberapa bulan berlalu... kejadian itu sgt memberi kesan dlm hidup sy... Memang sukar bila kita tak mampu utk defend diri kitakan, apakah yg sy lakukan ni btul?? Biarkan sj salah faham itu terus berlalau, dan sy pasrah dgn ape yg berlaku. Mungkin ade hikmahNya, yg sy sendiri tak tahu... YaAllah aku pasrah dgn segala ketentuanMu... Entah knp sy xde kekuatan utk memperbetulkan keadaan dan hnya biarkan slh fhm itu berterusan.. Huh! Sy percaya pasti ade sebbnya walau ade cketlah terkilan di hati...

Hmm..masa akn terus berlalu... dan terus meninggalkan kita... Ye, for right now, I am focus for my study.. Study...study...and study.... tinggal berapa bulan je lg sy kat kampus tu menjalani kehidupan sbg mahasiswi... Hmm tupun msh bnyk nk mengeluh kan.. Bnyk asgmentla, bnyk kejelah..Huh, no!!! belajarlah menerima seadanya Tqa!! huhuhu..

Beberapa ming lps, sy dikejutkn dgn berita yg sepupu sy nk kawin.. Wah!!! so fast masa berlalukan.. mcm xpercaya, ni sepupu pertama dlm family ibu nk kawen... dah besar upenye sepupu aku yg sowg nie...(huhu, berbisik dihati, xsedar diri diri tu pun dah besrkan...) Mcm xpercaya jer dia nk jdi isteri owg dah. OMG!

hmm.. tulah, kehidupn kita memg akn sentiasa terikat dgn masa.. secara sedar atau tdk, bnyk benda yg berubah, berlaku, tercipta dgn masa yg kita lalui selgi nyawa di kandung bdn.. tulah kehidupan...
Masa xkan menunggu kita, malah akn terus meninggalkan kita... yang ade hnyalah kenangan yg kita lalui... berharga kan sebnrnya masa nie... Masa bnyk mendewasakan sy.. kekdg sy penh menyesal krn tdk menghargai sesuatu perkara yg terjadi pd sesuatu masa yg pnh sy lalui.. Bak kata owg, menyesal tiada guna.. Yg bguna, kita kenelah blajar dri pengalamn lps...

So, ape temanya arini kengkawan2 semua????
Hargailah masa, kerana masa itu sgt berharga... huhuhu..

Monday, October 10, 2011

Alhamdulillah.. berakhir jua.. setelah 4 ari berkorban dan bertungkus lumus untuk final year project akhirnya selesai juga segalanya... Alhamdulillah...

Semalam, sy dapat sedikit pengisian yang agak menyentuh hati.. Sy muhasabah diri dari banyak perkara yang berlaku dalam hidup sy selama nie.. yang perlu kita ubah dalam meniti kehidupan ini dari setiap yang berlaku adalah diri kita.. Diri kita yang perlu diubah untuk kita lebih bersedia menangani setiap dugaan dan masalah yang datang dalam hidup kita..

Bagaimana YaAllah, harus aku mulakan segalanya.. Aku amat memerlukan bantuan dariMu YaAllah.. kerana aku tahu hanya diriMu saja yang mampu membantuku... Aku ingin meninggalkan segalanya untuk memulakan hidup yang baru.. Aku mohon padaMu YaAllah tunjukkan ku jalan yang benar, kuatkan semangatku saatku lemah supaya aku sentiasa istiqamah dengan jalan pilihanku ini... Berikan aku restuMu YaAllah... Aku bermohon kepadaMu YaAllah... sesungguhnya aku amat merindui RasulMu Muhammad....

Sejenak sy teringat kata imam muda Asyraf,

" Untuk dapat yang terbaik, diri kita perlulah jadi yang terbaik dulu"

Kat cni sy sharekan satu lagu yang mungkin boleh jadi semangat untuk kita sama2 berubah.. InsyaAllah :) Berubah kepada yang lebih baik itu perlu, demi kehidupan yang diredhai Allah dan sempurna...

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,

Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemu

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,

Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho

Hambamu Allah.....


Sekiranya takdir menguji

Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam


Usaha dengan doa itu,

Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang

Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,

Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

" Kejayaan yang terbesar dlm kehidupan bukannya kekayaan yang kita miliki tetapi betapa banyak kita berubah untuk kemajuan diri, kebahagiaan diri dan keluarga"

Wednesday, June 29, 2011

Beratnya Ujian ALLAH

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Tiada sesuatu pun yang menimpa seseorang dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit yang berterusan , tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan , hinggalah kepada tusukan duri, melainkan dengannya Allah hapuskan dosa hamba itu.

Satu ungkapan yang sentiasa sy ingat bila ditimpa dugaan atau ujian. Seringkali kita bertanya kepada diri tatkala ujian melanda diri. Kenapakah aku yang diuji??? Kenapa aku yang harus diuji??

Kadang-kadang rasa dihati tak terdaya untuk menanggungnya, ye kadangkala kita terlepas mengeluh dengan ujiaan itu. Tapi perlulah kita muhasabah diri semula dan ungkapan itu sentiasa menjadi penguat semangat sy untuk terus bersabar lalui ujian yang diberikan oleh Allah.. Tatkala buntu mencari penyelesaian masalah itu, sy berdoa supaya Allah sentiasa memberikan sy kekuatan dan petunjuk agar semua urusan saya dipermudahkan olehNya.. Saat itu rasa sayang sangat pada ALLAH.. Subhanallah!

Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"

Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih.


Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

Beratnya Ujian Allah, tapi manisnya hikmah diberi.. :)

Tuesday, June 21, 2011

SEMPURNA

Hari ini tidak sama macam semalam dan tidak akan sama macam ke esokkan harinya..
Begitula hidup yang sering kita hadapi, sering kali inginkan kesempurnaan dalam hari2 dan detik2 yang dilalui, terlampau sibuk menyempurnakan diri dengan keadaan sehingga menimbulkan pemasalahan. Adakah itu sempurna???

Jangan terlampau kejar kesempurnaan dalam kehidupan, buka hati berlajar menerima apa yang ada kerana bila kita menerima apa yang kita ada dan tidak kejar untuk jadi sempurna sebenarnya kita sudah pun sempurna.

Lumrah manusia mencari yang lebih baik dan berubah menjadi lebih baik.
Memang betul boleh berubah jadi lebih baik dan itu amat digalakkan tapi kalau mendatangkan kemudaratan pun juga tidak membawa apa2 kebaikan. Masalah tidak sama dan ia datang dan pergi macam orang2 disekeliling kita, kita cuba jadi yang terbaik di depan mata semua sehingga tiada seorang pun nampak apa yang berlaku dalam hidup kita.

Indahnya dapat buat orang gembira dengan senyuman kita yang penuh dengan isi tersurat dan tersirat, jagat ini berputar seperti biasa kebahagiaan yang kita bagi kepada orang2 disekeliling kita adalah kebahagiaan kita sebenarnya.

Perlu ke kita berpura2 bahagia??? Ye memang perlu sebab apa dengan berpura2 la kita boleh lihat kebahgiaan orang lain dan akhirnya kita turut bahagia kerana melihat orang bahagia, Kenapa perlu jadi terlampau sempurna kita memang dah pun sempurna dengan apa yang kita ada. Jadi la diri kita kerana kelainan kita ada lah satu kesempurnaan di mata orang lain...

Pandangan dunia kita berbeza bukan???

Wednesday, June 1, 2011

Jangan Pernah Kau Salahkan Cinta


Mulai hari ini, jangan pernah kau salahkan cinta, jangan pula kau salahkan waktu. Karena semua itu adalah sebuah proses kehidupan yang harus kita lewati bersama. Engkau juga jangan salahkan pertemuan itu. Apalagi mempertanyakan mengapa semua harus berakhir, sekali lagi aku katakan itu semua adalah sebuah proses kehidupan yang berlaku pada semua orang. Tanpa itu semua kita tidak akan dapat merasakan indahnya sebuah cinta yang sebenarnya. Dan bila kita pernah mengalami sakitnya kehilangan sebuah cinta. Kita akan mencuba berusaha untuk menjaga cinta dengan kekuatan yang kita miliki. Agar cinta ini tidak pernah hilang untuk kedua kalinya.



Simpanlah apa yang pernah ia berikan, dan jangan pernah engkau sebutkan lagi. Karena bila engkau sebut, maka sakitnya cinta itu akan terasa semakin dalam. Engkau seperti melayang tak berpegangan. Engkau akan seperti orang yang kalah dalam sebuah pertandingan. Ingatlah itu sahabat ku sayang.

Engkau tidak sendirian. Selain engkau juga ada yang pernah didera oleh cinta. Batinnya merasa tersiksa. Hatinya hancur dalam sebuah kepingan yang berserakan. Tertipu oleh indahnya sebuah fatamorgana yang menjanjikan sebuah angin kebahagiaan.


Jadilah seorang yang tegar! Mampu menantang datangnya sang ombak. Jangan pernah kau terjebak dengan balutan kenangan yang memabukan. Tak selamanya air matamu itu selalu kau jatuhkan setiap kau ingat kata-kata manisnya. Tak selamanya batinmu remuk setiap kali kau mengingat lembaran-lembaran asmaramu yang telah usang. Engau bukanlah seorang kecundang, tetapi kau seorang pejuang sejati.

Ingatla.... Jangan pernah kau salahkan cinta. Karena cinta tak pernah bersalah. Cinta adalah anugerah dari Tuhan yang harus kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

Monday, May 23, 2011

Jangan ada benci

Salam
Rasenye lame dah iqa xjenguk blog nie.. hmm.. rini iqa nak kgsi cket artikel oleh
Dato' Dr. Hj Fadilah Kamsah.
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.

Saturday, April 9, 2011

Assalamualaikum..

Hye semua..
Lame dh iqa xtulis dlm blog nie.. busy memanjang..
Minggu lepas iqa baru jer organize satu event
SEMINAR PENGURUSAN PROGRAM (SPP)

Alhamdulillah..
semuanya berakhir dengan jayanya..
Banyak fedback yg positif iqa dapat..
rase seronok dan sgt lega semuanya dah selesai..
Tak iqa nafikan bnyak halangan dan cabaran sepanjang proses utk mejayakan program ni..
semua masalah terlalu menguji hati & kesabaran
banyak yg iqa belajar dari cnie..
berhadapan dengan pelbagai karenah manusia yang berbeza beza ragam
cukup teruji..

Bila kita kerja dalam satu team..
bnyak benda yg kita belajar..
xsemua org boleh percaya pada kita..
xsemua org boleh menerima arahan kita..
xsemua org boleh berfikir seperti kita..
dan xsemua org mampu memberikan kerjasama..
Tp iqa cube atasi semuanya..
yg penting kite kene sabar.
kita akan jumpe jalan penyelesaianya..
betul x??? huhuhu

Apepun.. SPP telah melabuhkan tirainya pada 3/4/2011 dengan jayanya
Alhamdulillah..
Yg penting buat iqa, iqa sgt berpuas hati krn dpt share ngn semua peserta semua ilmu yg iqa dapat..
rasa puas hati sgt2...
puas hati bila semua peserta sgt berpuas hati dengan modul dan penceramah yang kami sediakan.. Alhamdulillah, syukur xterhingga.

SPP telah meninggalkan 1001 kenangan manis buat semua peserta dn juga urusetia..
selain dapat, menjalinkan hubgan yg erat antara semua yg terlibat..
alhamdulillah...
Sharing is Caring (^_~)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...