Wednesday, June 29, 2011

Beratnya Ujian ALLAH

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Tiada sesuatu pun yang menimpa seseorang dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit yang berterusan , tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan , hinggalah kepada tusukan duri, melainkan dengannya Allah hapuskan dosa hamba itu.

Satu ungkapan yang sentiasa sy ingat bila ditimpa dugaan atau ujian. Seringkali kita bertanya kepada diri tatkala ujian melanda diri. Kenapakah aku yang diuji??? Kenapa aku yang harus diuji??

Kadang-kadang rasa dihati tak terdaya untuk menanggungnya, ye kadangkala kita terlepas mengeluh dengan ujiaan itu. Tapi perlulah kita muhasabah diri semula dan ungkapan itu sentiasa menjadi penguat semangat sy untuk terus bersabar lalui ujian yang diberikan oleh Allah.. Tatkala buntu mencari penyelesaian masalah itu, sy berdoa supaya Allah sentiasa memberikan sy kekuatan dan petunjuk agar semua urusan saya dipermudahkan olehNya.. Saat itu rasa sayang sangat pada ALLAH.. Subhanallah!

Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"

Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih.


Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

Beratnya Ujian Allah, tapi manisnya hikmah diberi.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...