Tuesday, July 27, 2010

Pahala di bulan Syaaban

Salam uOLs...


Dah lame tak update blog nie.. Sibuk memanjang sejak naik je sem baru nie.. Hari ni saya nak kongsi sedikit ilmu sempena Nifsu Syaaban. SemOga semua yang membaca akan mendapat manfaat bersama... Amin~~

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar.
Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat Islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi MuhammadSAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam lauttersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat Islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu malaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat
yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Friday, July 9, 2010

Air Mata Seorang Wanita


Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
..............................................................................

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.
..............................................................................

Anak lelaki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan.

....................................................................................................................


"Kau tahu, kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."



Thursday, July 1, 2010

Sweet MemOry.. > TaDika AkhtaR

Salam mesra semua..

Pejam celik pejam celik dah pun cukup sebulan aku mengajar di tadika Akhtar.. Macam xpercaya jer.. Sedih rasa nak tinggalkan budak2 kecil ni... Melayan karenah mereka yang bermacam2 ragam sebulan ni cukup buat aku terhibur walaupun letih.. tapi seronok sangat.. murid cuma dalam 30 orang tapi bermacam2 ragam.. Dan bukan senang aku nak lupakan... huh... sedihnya rasa hati... =(

Cikgu mesti rindu kat awak semua.. ntah bilalah cikgu dapat jumpe awak semua lagi.. Erm.. Cikgu berharap sangat suatu hari nanti kamu semua jadi insan yang berjaya...
Buat Danish, cikgu harap suatu hari nanti kamu jadi seorang yg berani.. Dah tak takut lg.. Ingat pesan cikgu, lelaki mesti berani.. Danish pandai, jangn takut.. Erm.. cikgu rindu kamu bercerita dengan cikgu... Hafiz dan Irfan jangan asyik bergaduh sahaja.. Sabrena, jangan suka memilih kawan.. Ainul, jadi budak rajin ok?? Kamu pandai.. Syahmi jangan degil cakap cikgu.. Kamu tu cerdik... Amirul, jangan malas2 ye.. Aqilah comel, kamu pandai sebenarnya, rajin lagi k...
Buat yang lain, pesan cikgu belajar rajin2.. Dengar cakap Cikgu Aza, Cikgu Fauziah dan Cikgu Salwa. Jangan nakal2 ye! hehehe.. Cikgu saaayaang kamu semua...

Terima kasih pada Cikgu Fauziah, Cikgu Salwa dan Kak Aza sbb banyak bagi tunjuk ajar dan yang penting bagi peluang untuk aku menimba pengalaman yang cukup berharga di sana..
Semua kenangan akan terpahat di hati aku buat selamanya.... InsyaAllah jika ada kelapangan aku akan melawat mereka di sana... I Love U all!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...