Tuesday, July 27, 2010

Pahala di bulan Syaaban

Salam uOLs...


Dah lame tak update blog nie.. Sibuk memanjang sejak naik je sem baru nie.. Hari ni saya nak kongsi sedikit ilmu sempena Nifsu Syaaban. SemOga semua yang membaca akan mendapat manfaat bersama... Amin~~

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar.
Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat Islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi MuhammadSAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam lauttersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat Islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu malaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat
yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...